Constitution

March 26th, 2017

BRIGED PUTERA

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

 

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PASUKAN BERUNIFORM

 

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

  1. Nama Persatuan: BRIGED PUTERA

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang

 

  1. Alamat: Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan

Perempuan China Pulau Pinang

2, Jalan Gottlieb,

10350 Pulau Pinang.

 

  1. Lambang/logo/motto:

 

 

PERATURAN 2 MATLAMAT

 

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mangembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

 

PERATURAN 3 OBJEKTIF

 

3.1       Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan               mengurus dan memimpin.

3.2       Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta                  mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

3.3       Supaya ahli dapat menganggotai pasukan beruniform Briged Putera dengan lebih terpimpin dalam menimba                ilmu Briged Putera dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

3.4       Ahli-ahli pasukan beruniform Briged Putera akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling              tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutinya.

 

PERATURAN 4 KEAHLIAN

 

4.1       Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

 

4.2       Permohonan menjadi ahli adalah dengan mendaftar dan mengisi borang yang disediakan di kaunter Briged                 Putera pada Hari Pendaftaran Ko-kurikulum.

 

4.3       Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian              dengan cergas bagi menjayakan tujuan pasukan beruniform ini.

 

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

 

Pentadbiran:    i) Penaung (Pengetua / Guru Besar)

ii) Penyelaras (PK Hem / PK Kokurikulum)

iii) Penasihat (Guru yang dilantik oleh pengetua)

 

5.1       Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

 

5.2       Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam setiap perancangan dan pelaksanaan aktiviti.

 

5.3       Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

 

 

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

 

6.1       Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

 

6.2       Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

 

6.3       Pemilihan ahli jawantankuasa secara undian.

 

6.4       Ahli Jawantankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

 

6.5       Ahli Jawantankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan                         kepada Guru Penasihat.

 

6.6       Ahli Jawatankuasa Pasukan Beruniform hendaklah terdiri:-

 

6.6.1    Pengerusi

6.6.2    Naib Pengerusi

6.6.3    Setiausaha

6.6.4    Penolong Setiausaha

6.6.5    Bendahari

6.6.6    Penolong Bendahari

6,6.7    Wakil Tingkatan (5 orang)

 

 

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

 

7.1       Pengerusi

7.1.1    Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.

7.1.2    Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang                sewajarnya.

7.1.3.   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

 

7.2       Naib Pengerusi

7.2.1    Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

7.2.2    Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

 

7.3       Setiausaha

7.3.1    Menguruskan hal-hal surat-menyurat.

7.3.2    Mencatat dan mennandatangani minat mesyuarat / laporan kegiatan.

7.3.3    Mencatat kehadiran ahli.

7.3.4    Menyimpan dokumen yang berkaitan engan Briged Putera.

7.3.5    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

 

7.4       Penolong Setiausaha

7.4.1    Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab.

7.4.2    Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

7.4.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

 

7.5       Bendahari

7.5.1    Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Briged Putera.

7.5.2    Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas                        kesahihannya.

7.5.3    Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.

7.5.4    Melaporkan keduduakan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.5.5    Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

7.5.6    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

 

7.6       Penolong Bendahari

7.6.1    Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

 

7.7       Wakil Tingkatan

7.7.1    Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

7.7.2    Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.7.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

 

PERATURAN 8 KEWANGAN

8.1       Yuran pendaftaran RM 1.00.

8.2       Yuran keahlian RM10 setahun.

8.3       Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma                      khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.4       Semua yuran dikumpul dalam satu tabung dan digunakan untuk aktiviti Briged Putera.

8.5       Kuasa meluluskan kewangan terletak di tangan Jawatankuasa Pusat.

8.6       Wang persatuan / kelab yang melebihi RM 50.00 harus disimpan oleh guru penasihat.

 

 

PERATURAN 9 KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1       Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh Briged Putera sepanjang tahun.

 

PERATURAN 10 AKTIVITI

10.1     Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawantankuasa.

10.2     Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

 

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

11.1     Peraturan sekolah adalah menadi peraturan asas.

11.2     Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3     Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

 

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

12.1     Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang                                ditetapkan.

12.2     Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1  Amaran lisn

12.2.2  Amaran bertulis

12.3     Ahli yang tidak perpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat                   persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

 

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1     Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga bahagian itu dipinda.

13.2     Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir                  sekolah secara bertulis.

13.3     Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan                           cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4     Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua / Guru Besar.

 

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1     Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan pasukan beruniform jika didapati melanggar perlembagaan dan               Falsafah Pendidikan Negara.

14.2     Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

 

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

15.1     Setial ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

15.2     Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

 

 

  • Comments(0)

Comments are closed.